PENGENALAN
PENGERTIAN
PELABURAN AWAM SECARA UMUM
Pelaburan awam ialah aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan
dengan tujuan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat melalui pengeluaran
barangan dan perkhidmatan awam. Perbelanjaan kerajaan (G) dibahagikan kepada perbelanjaan semasa (GS) dan perbelanjaan modal (GC). GS adalah perbelanjaan tak produktif iaitu segala bentuk perbelanjaan
kerajaan yang tidak menghasilkan produk khusus. Contohnya perbelanjaan operasi kerajaan - gaji. GC adalah perbelanjaan produktif iaitu perbelanjaan yang digunakan secara
langsung untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan. Contoh:
perbelanjaan pembangunan kerajaan iaitu perbelanjaan pembangunan ekonomi dan
perbelanjaan pembangunan sosial.
Projek pelaburan awam dilaksanakan untuk mencapai
matlamat-matlamat pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Misalnya Rancangan Malaysia Pertama (RMP) bertujuan untuk mencapai kadar
pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi, mengurangkan pengangguran dan menyamaratakan agihan pendapatan dan kekayaan. Matlamat-matlamat ini
berubah mengikut rancangan Malaysia. Kebanyakan projek pelaburan awam yang dilaksanakan
oleh kerajaan adalah berskala besar kerana skop penggunaan adalah luas. Oleh
kerana pelaburan awam berskala besar, maka kerajaan yang menyediakan projek ini
dianggap sebagai monopoli. Contoh: projek penyediaan tenaga elektrik
dipertanggungjawabkan kepada Tenaga Nasional.
PERMASALAHAN & OBJEKTIF
KAJIAN
Saya memilih tajuk
“Pelaburan Awam” ini bagi mengkaji apakah permasalahan atau kekangan yang
dihadapi oleh Kerajaan dalam menjayakan matlamat Pelaburan Awam. Kajian ini
membolehkan saya memahami matlamat-matlamat pelaburan awam, jenis-jenis
pelaburan awam, contoh agensi yang bertindak sebagai pelaksana bagi pihak
Kerajaan dalam pelaburan awam di Negara kita dan permasalahan utama yang
dihadapi oleh Kerajaan. Di sini juga saya boleh membuat analisis mengenai
jumlah perbelanjaan Kerajaan dalam pelaburan awam dan corak atau perubahan
dasar Kerajaan dalam sesuatu sektor seperti Pertanian, Pengangkutan, Kemudahan
awam, Kesihatan, Pendidikan dan sebagainya. Selain itu, saya dapat menilai
sejauh mana pencapaian matlamat dalam pelaburan awam yang dilaksanakan oleh
Kerajaan melalui agensinya dan adakah wujudnya kegagalan dalam pengurusan
Kewangan serta pencapaian matlamatnya. Perbandingan perbelanjaan awam Negara
dengan Negara luar juga dikaji supaya matlamat atau corak perbelanjaan dapat
diketahui dengaan lebih lanjut.
MATLAMAT PELABURAN AWAM OLEH
KERAJAAN
Pelaburan awam secara umum-nya cenderung untuk memberi faedah kepada
pengeluaran melalui alokasi sumber-sumber antara
penggunaan dan kawasan yang berbeza. Pelaburan awam menyebabkan pengalihan
sumber-sumber ekonomi dari satu penggunaan kepada penggunaan yang lain. Pelaburan
awam juga bertindak sebagai penstabil kepada turun-naik prestasi ekonomi. Pelaburan
awam menjadi pelawan kepada kitaran ekonomi.
Kerajaan menanggung sejumlah perbelanjaan khususnya perbelanjaan modal
untuk mengeluarkan barang-barang awam bagi memenuhi keperluan dan kehendak
sosial. Contoh: bekalan air bersih dan bekalan elektrik. Pelaburan awam merupakan instrumen penting
bagi memperbaiki ketakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan. Penyediaan
barang-barang modal overhed sosial dapat memperbaiki agihan pendapatan dan kekayaan. Kesan pelaburan awam dalam mengagihkan semula
pendapatan dan kekayaan ber-gantung kepada jenis-jenis perbelanjaan pelaburan
yang dibuat oleh kerajaan.
Kadar pembentukan modal sesebuah negara dapat dipercepatkan melalui
pelaburan awam. Pelaburan awam yang dilaksanakan oleh kerajaan
menyumbang kepada stok tambahan aset modal fizikal. Dalam hal ini, kerajaan boleh melakukan pelaburan langsung dalam sektor
barang-barang modal. Penciptaan barang-barang modal overhed sosial
sebenarnya membantu dalam aktiviti-aktiviti pembentukan modal dalam sektor
swasta.[1]
Peningkatan aktiviti-aktiviti pelaburan awam menyebabkan pertumbuhan
ekonomi. Ekonomi yang makmur sudah tentu
menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat dan berupaya
mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia.
PERMASALAHAN/KEKANGAN
YANG DIHADAPI
Namun begitu, Kerajaan harus sestiasa berwaspada mengenai kelemahan
pengurusan kewangan dalam agensi Kerajaan kerana banyak kes penyelewengan dana
Kerajaan dan kegagalan pencapaian matlamat yang boleh membantutkan hasrat
Kerajaan dalam sesuatu program atau aktiviti pelaburan. Contohnya, berdasarkan
Laporan Ketua Audit Negara Tahun bagi tahun 2010 mennyatakan pelbagai
Kementerian dan agensi Kerajaan yang melanggar etika pengurusan kewangan dan
kebocoran atau ketirisan dalam penggunaan wang awam. Contohnya Pusat Fidlot
Kebangsaan (NFC) yang telah diberikan geran sebanyak RM 250 Juta pada tahun
2008 dan sehingga kini masih gagal dalam melaksanakan hasrat Kerajaan dalam
menghasilkan penternakan lembu secara besar-besaran dan mengurangkan
kebergantungan import daging daripada negara luar seperti India dan Australia.
Namun projek tersebut telah gagal dalam pencapaian matlamat penubuhannya dan
kerugian wang rakyat berjuta-juta ringgit.[2]
SOROTAN LAMPAU & HIPOTESIS
Berdasarkan Jadual 1 seperti
di lampiran, perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 1970
sehingga 1999 menunjukkan bahawa pelaburan awam oleh Kerajaan semakin meningkat
setiap tahun sehingga ia mencapai RM 22,614 Juta pada tahun 1999. Ia
menunjukkan bahawa Kerajaan sentiasa melipat gandakan pelaburan awam dalam
pelbagai sektor bagi menyediakan infrastuktur dan pendidikan kepada rakyat.
Berdasarkan Jadual 2 seperti
di lampiran, jumlah kadar pengangguran dari tahun 1982 sehingga tahun 2000
telah berkurangan daripada 3.4 % kepada 3.0 %. Ini menunjukkan pembangunan
ekonomi Malaysia telah dirancakkan melalui pelaburan awam oleh Kerajaan.[3]
Guna tenaga meningkat
pada kadar purata 3.3 peratus setahun dengan 1.6 juta pekerjaan baru
diwujudkan, seperti ditunjukkan dalam Jadual
3 seperti di lampiran. Sebanyak 1,062,800 pekerjaan disediakan oleh sektor
perkhidmatan dan sektor pembuatan pula 566,300 pekerjaan. Guna tenaga dalam
sektor pertanian menguncup sebanyak 17,300 peker jaan pada tahun 2005 hasil daripada peningkatan
penggunaan teknologi penjimatan buruh dan pengurusan lading yang lebih baik.
Struktur guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama menunjukkan pertambahan
permintaan terhadap sumber manusia berkemahiran tinggi, seperti ditunjukkan
dalam Jadual 4 seperti di
lampiran.
Dalam tempoh Rancangan,
produktiviti pekerja telah meningkat dalam semua sektor ekonomi. Produktiviti
pekerja dalam sektor pertanian meningkat berikutan amalan pertanian yang baik,
penggunaan teknologi baru dan peralihan kepada aktiviti pertanian bersepadu dan
pengeluaran komersil berskala besar. Dalam sektor pembuatan, pertumbuhan
produktiviti pekerja disebabkan oleh peningkatan kualiti tenaga kerja dan pengurusan
organisasi yang lebih baik serta peningkatan kecekapan pekerja. Dalam sektor
perkhidmatan, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang lebih
meluas seperti e-perbankan dan e-dagang serta pelaksanaan proses kerja yang
inovatif, proses penggabungan dan pengambilalihan terutamanya dalam sektor
kecil perbankan dan telekomunikasi menyumbang kepada pertumbuhan produktiviti.
Tenaga buruh meningkat
kepada 11.3 juta pada tahun 2005, seperti ditunjukkan dalam Jadual 3
seperti di lampiran. Kualiti tenaga buruh meningkat dengan peratusan mereka
yang mempunyai kelayakan di peringkat tertiari bertambah daripada 13.9 peratus
pada tahun 2000 kepada 20.0 peratus pada tahun 2005. Ekonomi negara mencatatkan
guna tenaga penuh dengan kadar pengangguran 3.5 peratus pada tahun 2005.
Kekurangan tenaga buruh terutamanya pekerja kurang mahir mengakibatkan
peningkatan pengambilan pekerja asing. Pekerja asing dengan permit kerja
meningkat kepada 1.7 juta pada tahun 2005. Sektor pembuatan merupakan majikan terbesar
menggaji 31.0 peratus daripada pekerja asing. Jumlah pegawai dagang meningkat
kepada 35,480 dan 52.6 peratus bekerja dalam sektor perkhidmatan.
METOD & ANALISIS KAJIAN
Bagi menyiapkan tugasan
ini, saya mengunakan tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat dan menganalisis
data. Yang pertama saya mendapatkan statistik jumlah perbelanjaan pembangunan
yang dilakukan oleh Kerajaan dan kadar penggangguran di Malaysia di laman web
Unit Perancang Ekonomi (UPE). Selain itu data perbelanjaan tahun 2010 dan 2011
negara Singapura juga turut saya perolehi daripada laman web Kementerian
Kewangan Singapura bagi membuat perbandingan dan analisis. Yang kedua saya
membuat pemerhatian dan analisis terhadap statistik tersebut dalam bentuk
jadual dan Carta Garis seperti di bawah bagi menyokong hujah tersebut. Yang
ketiga saya mendapatkan info daripada buku-buku ilmiah, jurnal atau laporan
contohnya Laporan Ketua Audit Negara 2010 seperti yang saya nyatakan dalam
bibliografi. Info tersebut penting bagi memahami konsep pelaburan awam, mengkaji
permaslahan, membuat perbandingan dengan Negara lain dan seterusnya untuk
membuat analisis.
Berdasarkan Jadual 6
seperti di lampiran, dapat saya analisiskan seperti dibawah :
Tahun
|
Jumlah Perbelanjaan Perkhidmatan Ekonomi
|
Jumlah Perbelanjaan Perkhidmatan Sosial
& Masyarakat
|
Jenis Sektor Pelaburan Tertinggi
|
Jumlah (RM Juta)
|
2000
|
11,639
|
11,076
|
Pendidikan
|
22,715
|
2001
|
12,725
|
15384
|
Pendidikan
|
28,109
|
2002
|
12,433
|
18,043
|
Pendidikan
|
30,476
|
2003
|
13,793
|
17,707
|
Pendidikan
|
31,500
|
2004
|
11,851
|
10,260
|
Pengangkutan
|
22,111
|
2005
|
14,957
|
7,450
|
Pengangkutan
|
22,407
|
2006
|
17,404
|
9,525
|
Pengangkutan
|
26,929
|
2007
|
20,116
|
12,893
|
Pengangkutan
|
33,009
|
2008
|
21,353
|
13,717
|
Pengangkutan
|
35,070
|
2009
|
26,440
|
17,388
|
Pendidikan
|
43,828
|
2010
|
26,120
|
20,784
|
Pendidikan
|
46,904
|
Carta Garis
Mulai tahun 2000 hingga 2003, pelaburan awam kerajaan lebih
tertumpu dalam sektor pendidikan. Kesungguhan kerajaan di
dalam memastikan pendidikan di negara ini membangun dan setaraf dengan
negara-negara maju terbukti apabila menyediakan peruntukan yang besar dalam
bajet tahunan. Misalnya, dalam Bajet 2004, kerajaan memperuntukkan RM20.2
bilion, satu perempat daripada peruntukan perbelanjaan mengurus untuk
pendidikan.
Teras Dasar
Pembangunan Modal Insan
Pelaburan dalam modal insan akan diberikan penekanan yang lebih besar
dalam tempoh Rancangan bagi meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi,
memacu ekonomi berasaskan pengetahuan serta membentuk masyarakat dengan sistem
nilai yang boleh diteladani. Matlamat ini akan dicapai melalui peningkatan kerjasama
antara Kerajaan, sektor swasta dan masyarakat .[4] (Merujuk kepada
buku Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010] Sehubungan ini, teras dasar
pembangunan modal insan adalah seperti yang berikut:
❏ melaksanakan
penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan
latihan;
❏ memperkasa sekolah kebangsaan untuk
menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan
negara;
❏ melaksanakan langkah bagi merapatkan
jurang prestasi antara sekolah di luar Bandar dengan di bandar;
❏ mewujudkan universiti bertaraf
antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari
memenuhi keperluan majikan;
❏menyediakan lebih banyak peluang dan
akses kepada pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang
berkualiti di semua peringkat;
❏ memperluas dan memperkemas forum
perbincangan dan perundingan antara Kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan
masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Program
Pendidikan
Pendidikan
Prasekolah dan Rendah. Enrolmen kanak-kanak prasekolah
berumur empat hingga enam tahun meningkat kepada 702,897 pada tahun 2005,
seperti ditunjukkan dalam Jadual 7 di lampiran. Sebanyak 51.3 peratus daripada jumlah
enrolmen tersebut di prasekolah awam. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan
Pendidikan Prasekolah bagi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun telah
diwajibkan di semua prasekolah mulai tahun 2003 untuk menjamin kualitinya.
Enrolmen di sekolah rendah meningkat kepada 3.0 juta pada tahun 2005. Pembinaan
9,930 bilik darjah baru telah menyumbang kepada peningkatan nisbah kelas kepada
bilik darjah daripada 1:0.90 pada tahun 2000 kepada 1:0.92 pada tahun 2005.
Bagi
menggalakkan penyertaan yang lebih besar dan meningkatkan prestasi pelajar di sekolah
rendah, pelbagai program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks,
kemudahan asrama, Skim Baucer Tuisyen dan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin disediakan terutamanya kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan
rendah, kawasan pedalaman dan Orang Asli. Enrolmen pelajar Orang Asli di
peringkat pendidikan rendah meningkat daripada 21,704 pada tahun 2000 kepada
26,210 pada tahun 2005
manakala
peringkat pendidikan menengah daripada 5,971 kepada 8,490.
Di
samping itu, Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak
menyediakan infrastruktur dan kemudahan secara bersepadu di sekolah luar bandar
dan pedalaman. Pelbagai program dilaksanakan bagi memupuk nilai moral dan etika
serta melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Pada tahun 2005, program
j-QAF2 diperkenalkan kepada pelajar beragama Islam di sekolah rendah yang
melibatkan pelajar Tahun 1. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan juga
diperkenalkan pada tahun 2005 kepada pelajar Tahun 4 sekolah rendah dan Tingkatan
1 sekolah menengah bagi mewujudkan kesedaran mengenai peranan, hak dan
tanggungjawab ke arah melahirkan masyarakat yang patriotik.
Pendidikan
Menengah.
Enrolmen
di sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan meningkat kepada 2.1 juta
pelajar pada tahun 2005, seperti ditunjukkan dalam Jadual 7. Enrolmen
pelajar di sekolah teknik dan vokasional meningkat kepada 72,827 pada tahun
2005. Pembinaan sebanyak 9,936 bilik darjah meningkatkan nisbah kelas kepada
bilik darjah daripada 1:0.83 pada tahun 2000 kepada 1:0.85 pada tahun 2005.
Peratusan pelajar aliran sains meningkat daripada 32.2 peratus pada tahun 2000
kepada 45.6 peratus pada tahun 2005.
Pendidikan
Khas.
Program
Integrasi Pendidikan Khas diperluas untuk menyepadukan kanak-kanak istimewa
dalam persekitaran sekolah biasa. Di bawah program ini, kurikulum kebangsaan
diguna pakai untuk kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran di
sekolah rendah dan menengah. Kurikulum kebangsaan yang disesuaikan diguna pakai
untuk pembelajaran kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran.
Peningkatan
Kualiti.
Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dikaji semula bagi memperkukuh penggunaan pendekatan pembelajaran berpusatkan
pelajar. Pada tahun 2005, pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris yang diperkenalkan pada tahun 2003 diperluas kepada pelajar
Tahun 1 hingga Tahun 3, peringkat menengah rendah dan Tingkatan 6 serta kolej
matrikulasi.
Pembangunan
Guru.
Kurikulum
dan kokurikulum latihan perguruan diperkukuh untuk menjadikan guru sebagai
pengurus yang cekap dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya
menggunakan ICT bagi mencipta teknik pengajaran yang inovatif. Pelaksanaan
Program Pensiswazahan Guru diteruskan bagi meningkatkan bilangan guru
berijazah. Pendidikan Tertiari. Kapasiti universiti sedia ada telah
dipertingkat bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada pendidikan tinggi. Di
samping itu, universiti, kolej universiti, kampus cawangan, politeknik serta
kolej komuniti baru ditubuhkan, seperti ditunjukkan dalam Jadual 8 di lampiran.
Enrolmen
pelajar di semua peringkat pengajian di institusi pendidikan tertiari awam dan
swasta meningkat kepada 731,698 pada tahun 2005, seperti ditunjukkan dalam Jadual
9 seperti di lampiran. Di
peringkat lepasan ijazah, enrolmen bagi program sarjana dan kedoktoran falsafah
(Ph.D) adalah sebanyak 16.2 peratus daripada jumlah enrolmen di semua peringkat
ijazah di institusi pendidikan tinggi awam3 dan 3.8 peratus di institusi
pendidikan tinggi swasta. Jumlah keluaran dari institusi pendidikan tertiari
awam dan swasta di semua peringkat pendidikan meningkat daripada 130,161 pada
tahun 2000 kepada 252,730 pada tahun 2005. Sebanyak 58.5 peratus daripada
jumlah ini merupakan lepasan institusi pendidikan tertiari swasta. Pada tahun
2005, dianggarkan 11,900 pelajar tajaan kerajaan melanjutkan pengajian di
institusi pendidikan tinggi di luar negara.
Bagi
meningkatkan peluang pendidikan tinggi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Negara (PTPTN) telah mengeluarkan sejumlah RM7.9 bilion dalam tempoh Rancangan.
Jumlah pembiayaan ini memanfaatkan 678,467 pelajar. Di samping itu, agensi
Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan, kerajaan negeri serta organisasi swasta
seperti syarikat dan bank juga menyediakan bantuan kewangan untuk pendidikan di
peringkat tinggi.
Peningkatan
Penawaran Sumber Manusia S&T.
Enrolmen
pelajar yang mengikuti program sains dan teknikal serta yang berkaitan di
peringkat ijazah pertama dan diploma di institusi pendidikan tertiari awam dan
swasta meningkat daripada 229,014 pada tahun 2000 kepada 291,546 pada tahun
2005. Di peringkat lepasan ijazah, enrolmen pelajar yang mengikuti program
sains dan teknikal serta yang berkaitan meningkat daripada 12,602 kepada
18,910.
Peningkatan
enrolmen di peringkat lepasan ijazah terutamanya dalam bidang sains dan
teknikal serta bidang yang berkaitan dan pertambahan bilangan lepasan ijazah
kedoktoran menyumbang kepada peningkatan aktiviti penyelidikan dan perancangan
(R&D) di universiti dan kolej universiti awam. Geran R&D berjumlah
RM676.1 juta diperuntukkan bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan.Sejumlah
1,631 projek R&D dilaksanakan di bawah
pembiayaan Program Penumpuan Penyelidikan dalam Bidang Keutamaan (IRPA).
Program ini membolehkan seramai 92 pelajar Ph.D dan 338 sarjana memperoleh
ijazah mereka melalui penyelidikan. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 27
institut ditubuhkan seperti Institut Gerontologi, Institut Sains Angkasa dan
Institut Makanan Halal untuk menjadi pusat kecemerlangan.
Peningkatan
Kualiti.
Usaha
telah diambil bagi meningkatkan kualiti pendidikan di institusi pendidikan
tinggi awam dan swasta. Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dibangunkan bagi
menjamin keseragaman kelayakan dan kualiti penyampaian. Program baru dibangunkan
menerusi perundingan dengan pihak industri. Di samping itu, keputusan telah
dibuat supaya institusi pendidikan tinggi mengkaji semula kurikulum setiap tiga
hingga lima tahun. Program akademik disusun semula bagi membolehkan pelajar
mengikuti pengajian dwi-pengkhususan, major-minor, dwi-ijazah dan ijazah
anugerah bersama.
Pembelajaran
Sepanjang Hayat.
Program
pembelajaran sepanjang hayat dengan syarat kemasukan yang fleksibel ditawarkan
oleh kolej komuniti serta institusi pendidikan tinggi awam dan swasta seperti
Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
Kolej komuniti menawarkan kursus jangka pendek manakala institusi pendidikan
tinggi menawarkan program pendidikan lanjutan.
Pusat
Kecemerlangan Pendidikan Serantau.
Langkah
diambil bagi mempromosikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau serta
pusatkecemerlangan pendidikan. Langkah ini termasuk pelaksanaan sistem jaminan
kualiti, aktiviti promosi dan penubuhan pejabat promosi pendidikan di Beijing,
Dubai, Ho Chi Minh City dan Jakarta. Menerusi usaha ini, enrolmen pelajar asing
di institusi pendidikan meningkat kepada 50,380 pada tahun 2005. Daripada
jumlah ini, 82 peratus mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi
terutamanya dari Asia Timur dan Pasifik, diikuti oleh negara ASEAN.
Latihan
Kemahiran.
Kapasiti
institusi latihan awam bagi latihan sebelum bekerja meningkat menerusi
penubuhan 20 institusi latihan kemahiran dan menaik taraf 10 institusi latihan
sedia ada. Hasilnya, keluaran daripada institusi latihan awam meningkat kepada
38,765 pada tahun 2005, seperti ditunjukkan dalam Jadual 10 seperti di lampiran. Pengambilan
bagi kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 dan diploma di
institusi latihan tinggi awam meningkat kepada 7,110 pada tahun 2005. Di
samping itu, pusat pembangunan kemahiran negeri (PPK) menambahkan kapasiti
untuk melatih lebih ramai pekerja mahir dengan meningkatkan pengambilan bagi
kursus sebelum bekerja kepada 11,060 pada tahun 2005. Seramai 2,735 perantis
dilatih di bawah Skim Perantisan Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Dalam
tempoh Rancangan, seramai 286,669 sumber manusia mahir telah dilatih. Kerajaan
telah melaksanakan program latihan secara dua syif pada tahun 2005 bagi
menambahkan peluang latihan untuk lepasan sekolah serta menambahkan penawaran
sumber manusia mahir. Sebanyak 49 institusi latihan termasuk institusi latihan
awam dan PPK melaksanakan program tersebut.
Dalam
tempoh Rancangan, Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK) menyalurkan bantuan
kewangan berjumlah RM644.6 juta kepada 135,496 pelatih. Peningkatan Kualiti.
Bagi meningkatkan dan menyelaras kualiti latihan untuk tenaga pengajar,
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) untuk tenaga pengajar telah dibangunkan
dan program latihan semula di bawah Program Pembangunan Kemahiran untuk Tenaga
Pengajar dan Pegawai Latihan Vokasional serta Dasar Pandang Ke Timur terus
dilaksanakan. Bagi meningkatkan kualiti latihan, NOSS disediakan berdasarkan
format baru mulai tahun 2005.
Akan tetapi pada tahun 2004 hingga 2008, corak pelaburan
kerajaan lebih tertumpu kepada bidang pengangkutan. Dan pada tahun 2009 hingga
2010, kerajaan kembali memfokuskan perbelanjaan dalam bidang pendidikan. Jumlah
pelaburan awam bagi tempoh 2000 hingga 2010 juga menunjukkan peningkatan yang
ketara denggan melibatkan jumlah pelaburan dari RM 22,715 Juta kepada RM
46,904. Contoh projek pengangkutan terbesar yang dilaksanakan oleh Kerajaan
dalam tempoh tersebut ialah Stesen Sentral.
Contoh Transformasi Bidang Pengangkutan Malaysia
Stesen
Sentral ialah nama yang diberikan kepada Lot H, iaitu pusat pengangkutan
dalam projek pemajuan KL Sentral, tetapi stesen ini sahaja pun dipanggil
"KL Sentral" oleh orang awam dan khidmat pengangkutan. Stesen Sentral
yang direka untuk menempatkan enam rangkaian gerabak disiapkan pada bulan
Disember 2000 dan dibuka pada April 2001. Bangunan utama yang terletak atas
tanah seluas 9.3 ekars (38,000 m²) meliputi keluasan lantai kasar 500,000 kaki
persegi (46,000 m²), manakala spesifikasinya pula berasaskan jangkaan bilangan
pengguna sehingga tahun 2020. Pada tahun 2008, Stesen Sentral mencatat
penggunaan 100,000 orang sehari, atau 36.5 juta orang setahun.[5]
Stesen Sentral menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan
bergerabak tersebut:
Berdasarkan Jadual 11 seperti
di lampiran, dapat dianalisiskan bahawa kadar pengangguran bagi tempoh 2001 hingga
2007 telah menurun dari 3.5 % kepada 3.2 %. Ini menunjukkan usaha pelaburan
yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan membuahkan hasil bagi memastikan
peratusan kadar pengangguran di Negara ini berada pada tahap minimum dan
memastikan kadar penyertaan tenaga buruh yang optimum di Negara ini bagi
meningkatkan ekonomi di tahap yang tertinggi.
Analisis Bajet Kerajaan Singapura
bagi Tahun 2010 & 2011
Singapura merupakan
sebuah Negara maju dan berpendapatan tinggi di dunia. Mata wang yang digunakan
ialah Dolar Singapura. Berdasarkan Jadual 5 seperti di lampiran, pada
tahun 2010, jumlah perbelanjaan kerajaan Singapura ialah sebanyak Dolar
Singapura (S $) 46,393,111,717 ( S$ billion) dan telah meningkat pada tahun
2011 kepada Dolar singapura 47,099,935,557 (S$ billion). Pada tahun 2010,
Kerajaan Singapura telah memperuntukkan perbelanjaan yang paling tinggi
daripada peruntukan belanjawannya iaitu sebanyak 21.4% dalam bidang pendidikan
dan 24.7% bagi sistem pertahanan. Manalaka pada tahun 2011 pula Singapura juga
terus memperuntukan jumlah yang besar dalam bidang pendidikan sebanyak 23.2%
dan 25.65% dalam bidang pertahanan. Secara relatifnya walaupun Singapura
merupakan sebuah kerajaan yang kecil berbanding Malaysia namun jumlah
belanjawan mereka nyata lebih besar daripa kita sehingga menghampiri 50 billion
Dolar Singapura. Ini menunjukkan bahawa mereka sebuah Negara yang lebih maju
dan berpendapatan tinggi daripada Negara kita, Malaysia. [6]
Hubungan erat antara
ekonomi dan pengetahuan
Ekonomi Malaysia bukan berasaskan
pengetahuan sepertimana yang dijadikan piawaian oleh badan-badan antarabangsa
seperti IMD, WEF dan sebagainya. Ekonomi Malaysia masih kuat berpegang kepada
bahan mentah atau dalam ertikata lain memanipulasikan bahan mentah untuk
menonjolkan kekayaan. Singapura adalah contoh terbaik sebuah negara yang
berasaskan pengetahuan dalam aspek ekonominya tanpa bergantung kepada sumber.
CIA menyatakan Singapura memiliki ekonomi inovatif yang bergantung kepada
eksport, penghasilan industri (terutama elektronik), IT, perubatan dan sektor
servis seperti pengangkutan dan sebagainya. Peratusan sektor yang menyumbang
kepada KDNK Singapura ialah Pertanian: 0%, Industri: 33.2%, Perkhidmatan: 66.8%
(2008 est.) Manakala CIA menunjukkan Malaysia masih banyak bergantung dengan
sumber alam untuk KDNK, Pertanian: 9.7%, Industri: 44.6%, Perkhidmatan.: 45.7%
(2008 est.)[7]
Kemajuan Bidang Pendidikan di Singapura
Indeks Inovasi Global 2008-2009
menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke 25 dunia pada indeks 4.06. malaysia
gagal bersaing dengan Singapura yang berada pada tangga ke-5 dengan indeks
sebanyak 4.81. Di atas Malaysia adalah Qatar pada tangga ke-24 dan Israel pada
tangga ke-23. Akan tetapi Israel boleh berbangga dengan inovasi mereka sendiri
kerana teknologi Yahudi telah sekian lama menguasai dunia terutama Amerika
Syarikat yang kekal pada tangga pertama . Indeks yang sama juga menunjukkan
dari segi ‘pengetahuan’ (knowledge), Malaysia berada pada tangga 17 dunia di
mana Singapura pula berada pada tangga 11. Indeks ‘pengetahuan’ ini menilai
tahap sesebuah negara dalam mencipta nilai tambah bagi sesuatu keluaran atau
produk serta berpotensi meningkat hasil berdasarkan tahap ekonomi. Indeks ini
menunjukkan Malaysia ketinggalan berbanding Singapura yang amat terhad sumber
alamnya. Human Capacity juga diukur oleh Indeks Inovasi Global 2008-2009 dan
menunjukkan Malaysia berada pada tangga ke-18 manakala Singapura pada tangga
ke-7! Indeks Human Capacity mengukur peningkatan modal insan yang kompeten,
berilmu serta mampu menjalankan kerja R&D secara tersusun untuk peningkatan
negara.
Sebagai contoh nilai jurnal Malaysia juga dinilai sebagai tidak
mesra-pembaca. Pengamat jurnal antarabangsa menyatakan terlalu sukar mendapati
jurnal ekonomi atau sains sosial yang dipapar melalui online-atau plugged dalam
jaringan jurnal antarabangsa. Sebagai contoh, Malaysian Journal of Economic
Studies, yang diterbit oleh UM hanya disiarkan abstraknya sahaja melalui
online. Ini menunjukkan betapa elitnya jurnal malaysia sehingga sukar didapati
intipatinya secara mudah apatah lagi jika ingin membaca tulisan yang dicetak.
Adakah ini menunjukkan intelegensi Malaysia risau nilai tulisan mereka turun
apabila ia dibaca secara meluas seluruh dunia?
Jika kita menekan journal Malaysia
di dalam google, pertamanya
kita akan menjumpai ’Electronic Journal of University of Malaya’ (EJUM). Ia
memiliki 5 jurnal yang isolisasi dari himpunan jurnal antarabangsa. Ia sukar
dicari secara rawak di dalam internet.[8]
Kajian dan penyelidikan (R&D)
di Singapura sedang berkembang pesat. Bidang ini menjadi berkembang melalui
peruntukan wang yang besar serta individu yang terlibat juga ramai. $6 billion
telah dibelanjakan untuk R&D pada 2007. Ini melibatkan 2.61% daripada KDNK
Singapura dan matlamat mereka adalah mencapai 3% pada 2010.[9]
Jika dibanding keluasan negara,
Singapura hanya seluas 697 km2, manakala Malaysia ialah 329,847 km2. Malaysia
seluas 400 kali ganda berbanding Singapura. Namun dalam hal kajian dan
pembangunan, Singapura mempu berbelanja 2 kali ganda daripada peruntukan
peratusan Malaysia .
Perbelanjaan
Pertahanan Kerajaan Singapura
Kenyataan bekas Perdana Menteri
Singapura (Lee Kuan Yew) mengenai kenapa negara sekangkang kera itu memerlukan
pertahanan yang begitu kuat sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua.
Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika pegawai-pegawai kadet Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kuan Yew
merujuk kepada Malaysia dan Indonesia sebagai ancaman utama kenapa negara itu
perlu pertahanan yang kuat. Dalam bersedia menghadapi ancaman tersebut, negara
anak didik Yahudi ini membelanjakan RM35.5 bilion untuk pertahanan pada tahun
lalu, tertinggi di Asia Tenggara dan mungkin juga di Asia. Berbanding negara
sebesar kita, sejak lebih 23 tahun yang lalu, perbelanjaan pertahanan negara
membabitkan RM180 bilion sahaja.
Purata perbelanjaan pertahanan
setiap tahun hampir 2.5 peratus daripada KDNK negara antara 1987 hingga 2004.
Bermaksud lebih lima tahun, belanja pertahanan Singapura bersamaan lebih 23
tahun belanja pertahanan kita. Lihatlah betapa jauhnya kita ketinggalan dalam
aspek pertahanan negara. Perbelanjaan pertahanan merupakan yang kedua terbesar
dalam bajet negara sehinggalah krisis kewangan global melanda Malaysia pada
2008, menyebabkan ia diatasi oleh perkara lain dalam bajet 2009. Namun begitu,
perbelanjaan pertahanan kita telah meningkat lebih lima kali ganda dari RM2.09
bilion pada 1987 kepada RM11.013 bilion pada 2010 (enam peratus belanjawan
negara).[10]
OUTPUT
& PERBINCANGAN
KESIMPULAN/RUMUSAN
MENGENAI PELABURAN AWAM
DALIL YANG MENGHARUSKAN PELABURAN
Islam tidak menghalang manusia menggunakan modal
dan harta kekayaan untuk dilaburkan dan dikembangkan. Walau bagaimanapun
manusia tidak seharusnya lupa bahawa segala harta kekayaan tersebut adalah
milik Allah. Mereka hanyalah sebagai khalifah yang diamanahkan untuk memelihara
dan menggunakan harta tersebut untuk mencapai kesejahteraan alam ini.
Pada asasnya, pengembangan modal dan harta
kekayaan yang di tuntut oleh Islam adalah
bertujuan membangunkan ekonomi negara,
memberi kebahagiaan kepada umat manusia dan merapatkan jurang perbezaan dalam
pengagihan kekayaan.[11]
Terdapat banyak dalil sama ada daripada Al-Quran,
al-sunnah yang mengharuskan usaha-usaha pelaburan. Antaranya :
Dalil al-Sunnah ( dalam
bentuk pengakuan Rasulullah s.a.w )
Kontrak yang dilakukan oleh Rasulullah dengan Khadijah dalam urusan perdagangannya ialah
melalui kontrak Al-mudharabah iaitu
prinsip yang melibatkan kontrak antara kedua belah pihak untuk salah
seorang ( salah satu pihak ) mengeluarkan sejumlah wang atau modal kepada pihak
yang lain untuk diperdagangkan. Keuntungan daripada perdagangan itu dibahagi
dua mengikut kadar yang telah dipersetujui.[12]
Dalam urusan perdagangan Rasulullah Khadijah
mengeluarkan sejumlah modal kepada Rasulullah dan Baginda pergi ke Sham dengan
membawa modal tersebut untuk diperdagangkan. Ini berlaku sebelum baginda di
angkat menjadi Rasul. Setelah baginda di angkat menjadi rasul, baginda tidak
melarang perlaksanaan perniagaan yang menggunakan prinsip al Mudharabah di
kalangan para sahabat.
Jadi
adalah wajar Kerajaan Melaysia juga harus bertindak sebagai pelabur. Pelaburan awam dapat meningkatkan kebajikan
masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. Ia juga dapat
menjadi penstabil harga di pasaran terutamanya pemilikan saham kerajaan dalam
GLC. Selain itu, kerajaan dapat menyediakan pasaran modal bagi pelaburan pihak
swasta yang boleh merangsang ekonomi negara dan seterusnya menyediakan
peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat tercinta. Pengurusan
kewangan merupakan satu aktiviti penting untuk mencapai objektif
Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan. Bagi mengatasi masalah kebocoran dan
ketirisan wang rakyat dalam program pelaburan kerajaan, setiap Pegawai
Pengawal/Ketua Agensi perlu memastikan pengurusan kewangan dikendalikan dengan
teratur, cekap dan berkesan. Pengurusan kewangan yang lemah akan memberi ruang
kepada isu negatif seperti penyelewengan, pemborosan dan pembaziran. Pengurusan
perbelanjaan yang berhemah, cekap dan berkesan dapat mengelakkan pembaziran,
penyelewengan dan kerugian kepada Kerajaan.[13]
Oleh itu, Kerajaan perlu memastikan bahawa setiap projek atau program
yang dilaksankan dalam pelaburan pelaburan awam perlu sentiasa dipantau dan
diselia dengan rapi. Sesungguhnya pelaburan awam oleh pihak Kerajaan adalah
wajar dan perlu dipertingkatkan dengan lebih cemerlang agar tidak berlaku
kerugian terhadap wang rakyat. Usahasama pelaburan Awam dengan swasta adalah
diibaratkan seperti dalam Peribahasa Melayu : Bagai
Aur Dengan Tebing dan Seperti Isi Dengan Kuku dimana ia saling
berkaitan, sama penting dan tidak boleh dipisahkan dalam mencapai matlamat
pencapai dan pembangunan ekonomi yang mapan.
Bibliografi/Rujukan
[1] Ekonomi
Malaysia Alaf Baharu, PENULIS / PENYELENGGARA: Muhamed Zulkhibri Abdul Majid
(PENERBIT: DBP,TAHUN TERBITAN: 2004, HALAMAN: 34 -37 & 45-49)
[2] Laporan
Ketua Audit Negara 2010 Aktiviti Kementerian/Jabatan & Pengurusan Syarikat
Kerajaan Persekutuan (muka surat 135-147)
[4]
Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 (muka surat 254-274)
[10] (petikkan tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, yang membuat kajian mendalam mengenai
tindak tanduk Lee Kuan Yew Pemimpin Agung Singapura, terbitan 2010.
[11] Muhammad Rawasa al-Qal’ahji,Mabahith Fi al-
Iqtisad al-Islami Min Usulihi al-Fiqhiyyah, Beirut: Dar al-Nafaais,1997,m.s.33.
[12] Sayid Sabiq, Fikih Sunnah ,H,Kamaluddin A.Marzuki
(ter.),Kuala Lumpur: VictoryAgency,Jilid 3, m.s. 36.
[13] Kecemerlangan Pengurusan Kewangan dari
perspektif Jabatan Audit Negara Malaysia (terbitan tahun 2008).
No comments:
Post a Comment