Popular Posts

Wednesday, 16 December 2015

KEPIMPINAN

Pengenalan Kepimpinan

Negara sedang dilanda dekadensi moral dan etika yang parah (M. Kamal Hasan, 2004). Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan.


Peranan dan Kepentingan Integriti di Kalangan Staf
Staf berkualiti tinggi merupakan aset utama kejayaan sesebuah organisasi. Bagaimanapun, kehakisan nilai integriti di kalangan staf mengakibatkan wujudnya pelbagai kepincangan pentadbiran dan salah laku di sektor kerajaan mahupun swasta (Mustafar Ali, 2004 dan M. Kamal Hasan, 2004). Sehubungan itu, kerajaan mengambil inisiatif untuk memantapkan nilai integriti dengan melancarkan Pelan Integrasi Nasional di samping pelbagai dasar kerajaan sedia ada yang telah digubal dari masa ke semasa (Mustafar Ali, 2004). Menyedari kepentingan integriti sebagai teras pembangunan staf berkualiti, kertas kerja ini akan mengupas definisi, kerangka konseptual integriti dan nilai-nilai integriti. Ini selaras dengan matlamat negara bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika, beriman, bertakwa dan berbudi pekerti luhur.

Pembentukan Integriti Staf
Komuniti dan organisasi mempengaruhi pembangunan integriti. Komuniti mempengaruhi integriti professional kerana komuniti profesion tersebut terlibat dalam setiap tahap pembangunan profesional (Wakin, 1996). Komuniti menentukan kelayakan dan standard kecekapan ahli (Wakin, 1996). Integriti boleh dikekalkan dengan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan (Mikulay & George, 2001). Pembangunan integriti juga memerlukan perubahan dalam budaya organisasi dan pendidikan dengan menumpukan kepada pembentukan moral komuniti (Hardingham, 2004). Pendapat ini selaras dengan Musschenga (2001), yang menekankan kepada pendidikan sebagai pendekatan utama pembangunan integriti untuk memahami falsafah dan kepentingannya serta menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti diri.

Nilai-Nilai Integriti

Oleh kerana kajian integriti ini dibuat dalam konteks staf di Malaysia, nilai-nilai murni tersebut adalah nilai-nilai murni yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia. Nilai tersebut adalah nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia kerana kakitangan perkhidmatan awam adalah cermin dan tauladan kepada masyarakat Malaysia khususnya dalam konteks kerjaya. Nilai-nilai ini dikongsikan bersama di dalam pelbagai kempen dan dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan serta diwartakan melalui perantaraan media massa dan program-program khusus di seluruh Negara. Nilai dan etika perkhidmatan awam terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu, menghargai masa, ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994).

Model Integriti

Definisi dan model integriti yang dibincangkan hampir mempunyai persamaan dengan akhlak. Akhlak sepertimana integriti adalah nilai yang telah kukuh sebati dalam diri individu dan diikuti dengan komitmen sepenuhnya terhadap nilai tersebut sehingga ianya menjadi tabiat kebiasaan. Perbezaan diantara keduanya adalah pada piawaian dan motif nilai tersebut. Piawaian integriti adalah berasaskan nilai etika yang diterima sebagai nilai yang positif dan baik secara universal (nilai-nilai murni atau moral virtues). Piawaian nilai akhlak pula berpaksikan kepada nilai yang telah termaktub di dalam Al-Quran dan sunnah. Motif integriti adalah kesejahteraan sejagat (universal peace) manakala motif akhlak adalah keredaan Allah SWT. Berdasarkan model integriti yang dikemukakan, terdapat empat peringkat dalam proses pembentukan integriti iaitu ilmu (knowledge), motif (motive) atau niat, penghayatan (internalization) dan komitmen (commitment) atau amalan. Sehubungan itu, dalam usaha untuk memantapkan integriti staf, empat aspek di bawah perlu diambil kira:

1. ilmu dan kesedaran
a. mengetahui misi dan visi organisasi
b. mengetahui peranan staf kepada pencapaian matlamat organisasi
c. mengetahui spesifikasi tugas dengan jelas
d. mengetahui matlamat, kepentingan dan falsafah setiap nilai murni kepada diri dan organisasi



Kesimpulan

Pengukuhan nilai integriti ini akhirnya akan melahirkan staf berintegriti tinggi di dalam organisasi. Integriti yang tinggi di kalangan staf ini kemudiannya akan membolehkan mereka mencapai kecemerlangan diri dengan mempunyai kualiti yang tinggi samada dalam aspek fizikal, psikososial mahupun intelek. Staf yang berkualiti tinggi ini seterusnya menjadi pemangkin kepada pencapaian cemerlang misi dan visi organisasi.

Pengukuhan integriti adalah proses yang berterusan kerana nilai individu boleh berubah mengikut masa dan situasi. Justeru, individu perlu mengambil inisiatif untuk mengukuhkan integriti mereka manakala organisasi perlu melakukan pemantauan, menyediakan persekitaran yang membina untuk memupuk nilai integriti dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang berkesan dari masa ke semasa.

Pemantapan nilai integriti memerlukan masa yang lama dan komitmen yang padu, sehubungan itu organisasi digalakkan mengambil tindakan proaktif dengan pemilihan staf berintegriti tinggi ke dalam organisasi. Tindakan proaktif ini membolehkan risiko kepincangan tingkah laku dan pentadbiran dapat dikurangkan kerana staf yang tidak mempunyai integriti berkecenderungan mempengaruhi staf lain untuk melakukan kesilapan. Ini penting bagi menwujudkan tenaga kerja yang bebas rasuh dan mengamalkan sikap-sikap yang baik bagi menghasilkan kerja atau produk yang terbaik bagi meningkatkan tahap produktiviti Negara supaya dapat menjadi salah satu Negara maju seperti yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Wawasan 2020.







No comments: